Tuesday, November 24, 2015

TEKNIK / TIPS SKOR PEPERIKSAAN CEMERLANG / TEKNIK UBAH MALAS BELAJAR

Mengimbau kembali kenangan 7 tahun lalu selepas dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar dan Pelajar Cemerlang SMK Hillcrest, memang ia kenangan yang manis.

Namun, perjalanannya tu tidaklah semudah disangka.

Yang sukarnya, saya ini bukanlah seorang pelajar yang rajin dan ‘top scorer’, maka teknik saya skor peperiksaan mungkin agak berbeza skit daripada teknik pelajar-pelajar yang lain.

Biar saya brief skit crita saya, memang pada mulanya saya Top Scorer dari Tahun 1-5 – memang confirm nama tu naik nombor 1 larh dalam kelas dan keseluruhan darjah (boleh tanya geng2 cikgu di Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 2 Kluang Johor & Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak 1). Tapi start je Tahun 6, almaklumlah, dah membesar nak meningkat umur ke remaja, saya pun menjadi ler seorang yang agak nakal dan pemalas sewaktu Form 1 sampailah Form 3 – dan markah pun tidak kurang teruknya.

Namun, ada beberapa perkara yang berlaku kepada saya yang buat saya berubah menjadi seorang pelajar yang rajin by the time saya masuk Form 4.

a) Member2 kelas, jangan citer ar, kerja nak bahan je bila kita ni ‘kurang bijak’ – layan kita pun tidak – mcm acuh tak acuh – maklumlah, dulu pun masuk geng2 kelas ‘A’ – apatah lagi cikgu2, bila tengok kita malas study skit, mula la membebel kata kita ni tak pk masa depan ke and so on. So bole kata 90% member tu hipokrit – smua pandang kepandaian or status.

b) Kesusahan yang melanda keluarga tu makin perit – dan benda ni pun member buat bahan jugak sampai kata apa la sangat hang duduk kat rumah kecik, kereta buruk..(ada ke patut, ada sorang member ni bahan kata, “Eh, orang Kelantan memang camni yer?” – Mak aih…berderau 'kawe' mendengarnya. Ada ke patut dia kaitkan dengan Kelantan plak. Racist ke apa.

Anyway, kedua2 faktor ni buat saya banyak termenung setiap kali saya tengok kertas result (yang slalu korang dapat lepas Hari Terbuka tu - perasan muka ayah mak cam sedeyh tengok result tu) – tapi adui, diri ni rasa malas sangat nak belajar – bukak buku je mula lah ‘syaitan’ datang bagi salam – bagi ngantuk kepala rasa nak tidur. Terbaik.

But somehow, dua2 faktor tadi tu betul2 buat saya rasa bengang dan rasa ingin buktikan yang saya ni tidaklah se’bodoh’ yang disangka. Maka, saya pun tekad, masuk Form 4, nak stop ‘fooling around’ and start making me and my family proud. Itu je nawaitu yang saya letakkan pada diri.

Alhamdulillah, lepas je start nawaitu mcm tu, minda tu automatic menjadi terbuka menerima pelajaran. The rest is then history.

So tips2 nak skor peperiksaan / mudah belajar / ubah dari malas ke rajin belajar adalah:
a) TETAPKAN DULU NIAT BELAJAR - MENGAPA PERLU BELAJAR?
Mcm kes saya, tujuannya adalah hanya untuk membuktikan walaupun saya dari keluarga yang serba kekurangan, tapi saya masih boleh capai setaraf dengan orang yang serba ada kesemuanya. Kita mungkin tiada wang, tapi kita kaya ilmu. Saya ingin buktikan yang ibubapa kita ni telah mendidik kita sebaik mungkin untuk kita ni dipandang dan direspect oleh masyarakat sekeliling kita. Bukan menjadi hantu atau buaya.

b) BILA RASA MENGANTUK LEPAS BUKA BUKU, PASANG LAGU YANG KORANG SUKA DI HEADPHONE WAKTU BELAJAR
Masa time belajar dulu, memang favourite ler pasang lagu Rock cam lagu Search/Wings ke Linkin Park ke Avenged Sevenfold ke..pergh..layan beb...tapi jangan terlampau layan sampai tak belajar plak. Kenapa saya kata teknik ni menjadi? Sebenarnya, bila korang mix benda yang korang x ske dgn benda yg korang ske, contohnya mix kan subjek Sejarah dengan lagu fav korang, you are associating your brain with a motivation factor - making yourself unconsciously wanting to learn and absorb the stuff that you are learning. 

c) BILA RASA MALAS NAK STUDY LAMA2, BUAT A SHORT BREAK DI ANTARA TEMPOH BELAJAR TU
Sebagai contoh, korang kena study sampai berjam2 lamanya (agaknya ni jenis yang study last minute sampai tengah malam - pastu mula la esok mata lebam masuk periksa) - elakkan study terus-menerus - beku beb, otak tepu abis - esok pandang paper nangis pasal blank kepala. Jangan ambil risiko macam tu - try your best to create a short 5-10 min break in between your study time to do something that you like. Mungkin korang boleh gi tengok TV jap ke, main game jap ke, anything...sama macam poin (b), let's do our best to associate brain with motivation factors - bagi semangat pada brain untuk menerima benda yang korang paling tak suka (iaitu belajar) 

d) KALAU KORANG SUSAH NAK MENGHAFAL (cth: Agama Islam, Sejarah, Biologi, Sains), GUNAKAN TEKNIK BERCAKAP DENGAN DIRI SENDIRI
Jangan terkejut. Teknik ni memang menjadi. Cuba try baca kepada diri sendiri mana2 satu perenggan dalam buku teks. Then, ulang beberapa kali. Lepas tu, try baca balik pada diri sendiri tanpa tengok buku. Anggap la korang ni konon2 pembaca berita Sejarah - nak bagitau satu dunia pasal Sejarah Malaysia. Masa tu mula ler terkial2 nk ingat apa yang korang baca tadi - tapi bagus bila korang nervous nak ingat sebab masa tu korang paksa otak korang utk ingat - secara x langsung, tuptap2 dah ingat dah dalam kpala.

e) KALAU KORANG ADA PROBLEM DENGAN MATHS/ADD MATHS, YANG NI TAKDE CHOICE, KENA BANYAK PRACTICE (ULANG2 KALI)
Kalau boleh, untuk method ni, korang kena start dari basic - try faham konsep permasalahan Matematik tu. Tujuan praktis banyak kali ni pun utk bantu korang faham the entire concept of the question. Saya dulu pun blur2 je tengok buku Add Math tu tapi because kat belakang ada jalan kerja complete dengan solution, saya just study tengok jalan kerja tu je and praktis sampai dapat hafal mcm mana nak solve. 

Ada banyak lagi tips yang saya boleh share pada korang.

And if you guys berminat maybe ingin membuat home tuisyen bersama saya on weekend basis (preferably area Taman Melati/Wangsa Maju/Setapak/Gombak/Melawati), boleh je hantar inquiry ke nharith_linkinshinod@hotmail.com dengan tajuk: Berminat Ingin Membuat Home Tuition

Alternatively, saya juga turut membuat ceramah di sekolah2 untuk membantu para pelajar mengatasi masalah belajar dan cara teknik skor - dan kepada mana-mana sekolah yang berminat, boleh menghubungi saya di talian nharith_linkinshinod@hotmail.com dengan tajuk emel: Berminat Ingin Menjemput untuk Sesi Ceramah Pelajar.


About the author:
Nik Harith, Community Marketing/Analyst/Digital Content, Ebizu Sdn Bhd – A person who constantly strives to be bold and different than anybody else, married and Kelantan-borne, he aimed to follow the footsteps of Michael Kenji Shinoda, a technopreneur from Linkin Park – which is to be one of the top recognized technopreneurs in Asian region by 2018 – with the aim to join the technopreneurs’ league such as Facebook, Intel, Microsoft, Apple and many others. LinkedIn: https://www.linkedin.com/in/nicmrayce

The writer, Nic M Rayce or Nik Harith is the main vocal/rapper, an aspiring Malaysian artist for his own band, Nic M Rayce Musics, and is basically the principal producer for the all the songs from scratch till its very completion. Inspired by bands like Linkin Park, Blue Stahli and Within Temptation, Nic M Rayce Music aims to create a genre of their own - venturing wide from the range of alternative, rock, hip hop, electronica, ambient soundtrack to trip-hop - hunting for a sound on its own. His vocal style is mostly influenced by Chester Bennington, Bruno Mars, Jason Mraz, Adam Levine and Adam Young. Meanwhile, his rapping style is influenced by Rakim, Eminem, Mike Shinoda, Ryu of SOB, B.o.B. and Shawn Chrystopher. His musical style ranges from electronica with the likes of Pink Floyd and Depeche Mode, hip-hop like Fort Minor and Styles of Beyond, to modern rock like Blue Stahli, Linkin Park, Apoptygma Berzerk and Within Temptation. Hear his music here: Nic M Rayce Musics

Nic M Rayce basically owns a startup design agency back in Kuala Lumpur, Malaysia - and has been a website/multimedia designer since 2008 - serving both the government clients and the private sector's corporations - building collateral for their marketing campaigns on TV, radio and the social media. He aims to produce his own production studio & marketing agency by 2018 which helps bands both artistically and musically. Check his artwork out here: http://nikharith.deviantart.com

No comments:

Post a Comment